Majnunnnn....

Semalam masa g bwak puteri2 ku pulang dari nursery...aku layan lagu 'Ghazal Untuk Rabiah' - Jamal n M.Nasir tula..aku pun melalak-lalak..sambil budak 2 orang tu follow sekalik..especially tang lirik.. 'yang halus..yang tulus' tu laa..tiba2..kan ada lirik..'Majnunnnnnnnn' ...tetiba anak aku yang sulung tu  tnya aku 'Apa majnun tu babah?'..opss!!..dushh!!..errkk!!..terkena aku..aku pun cakap ..'majnun tu nama orang la kak..'..then perbualan tu terhenti kat situ..

Tp pg tadi aku rasa bersalah plak..aku tak describe pon sapa majnun tu..so aku pun carik la kat intenet..apa lagi..

Laila dan Majnun, juga dikenali sebagai Laila dan Lelaki Gila (Arabمجنون ليلى‎, Majnun-Layla atau قيس وليلىQays dan Layla) adalah cerita cintaklasik dari Timur Tengah. Ia berdasarkan kisah benar seorang pemuda bernama Qays ibn al-Mulawwah (Arabقيس بن الملوح‎) dari utara semenanjung Arab semasa era dinasti Umayyah pada abad ketujuh.[1]
Terdapat dua versi cerita ini.[2] Menurut versi pertama, pemuda ini menghabiskan masanya menggembala kambing bersama sepupunya Laila semenjak kecil sehingga berputik cinta. Dalam versi kedua pula, ia merupakan cinta pandang pertama. Dalam kedua-dua versi, pemuda ini menjadi gila apabila ayah Laila melarang dia dari mengahwini Laila. Atas sebab ini, pemuda ini dipanggil Majnun Laila bermaksud menjadi gila kerana Laila. Dari pemuda ini dikatakan lahirnya pelbagai puisi Arab yang menggambarkan gelora cinta antara pasangan kekasih.


So balik ni nak describe sket la..citer balik kat anak aku..aku rasa x bertanggungjawab plak .. x jawab betul2 soklan dia..yer lahh..kalo bukan aku nak citer kat dia..sapa lagik!!  

Comments

Jo Qusary said…
aku tak phm nape seorg lelaki sanggup menjadi gila hanya kerana seorg wanita... ada ramai wanita yg Tuhan cipta dlm dunia nie, kalau tak dpt yg tu cari je la lain sebagai ganti kan?
Kalau tak, buat apa manusia dicipta ramai2? memang tepat nama lelaki gila.
THE GREEN said…
salam...


laa...majnun rupanya..ingatkan makjun :p

silap baca..hehe

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel