Aku masih tak mampu..........

Minggu lepas aku berhadapan dengan tiga situasi nih dalam LRT dan ERL..


  1. Seorang wanita yang sedang sarat mengandung masuk dalam LRT..semua orang wat dek jerrk..sorang pun tak bagi peluang / tempat duduk pada wanita itu..
  2. Seorang wanita yang masuk ke dalam LRT bersama anak kecil nya (mungkin dlm setahun lebey la)..pun sama seperti di atas..takder orang nak bagi tempat duduk kat dia..
  3. Kali ni warga emas (foreigner) laki bini masuk dalam ERL..pun sama gak..tak der orang nak bagi tempat duduk pada mereka..
 Apa persamaan cerita kat atas..mereka-mereka yang dpt duduk ni langsung tak bagi peluang pada mereka yang memerlukan..dan yang paling haru..aku yang berdiri nih hanya mampu melihat..AKU MASIH TAK MAMPU NAK MENEGUR ..patut ke aku cakap..'err.Maaf...Encik/Tuan bole bagi tempat duduk kat dia ni tak?'..kang tiba2 orang yang duduk tu bidas aku balik..'eh..u ingat saya ni saje duduk ker..saya ade kanser usus tau..kalo berdiri boleh pengsan woo..usus bole terkeluar woo'..haa..kan haru biru tu..

So moral of the story..pakat2 la renung diri sendiri..aku rasa tak nye patah kaki kalo berdiri sekejap..berbanding mereka yang mengandung, bawak anak kecil atau warga emas ni....kesian kat diaorang ni..

Walaupun aku pernah kupas apa taktik mereka untuk terus duduk kat sini, dah sampai masanya kena ada penambahbaikkan drpd syarikat ERL n LRT ni..Aku cadangkan, buat saje pengumuman dalm ERL n LRT tu cakap 'SILA BAGI TEMPAT DUDUK KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN'..buat la dalam byk bahasa sket BI, TAMIL , MANDARIN ..ye la..kan 1 Malaysia.pastu ulang berkali kali la kann...so barulah mereka yang duduk sedar sket kot..yang dia tu patut duduk atau berdiri..Amacam?

Comments

My Little Diary said…
hmmm... 1 malaysia, tapi hati rakyat tak melambangkan 1 malaysia, 1 hati... ish3x...
Lida Rahim said…
ermm kalu wat enonsment centuh takut mengganggu ketenteraman org yg berdiri plak.. hehe

sy cadangkan lrt tu buat 1 tempat khas utk OKU (pregnant lady, mom with kids, org2 tua).

kadang saya naik komuter pon salu nampak senario mcm ni.. ada tu anak siap tertido2 sambil berdiri... sian kan? mmg rakyat malaysia skang ni pentingkan diri seniri... haishhh!
Makbed said…
elok kan, suma dah ada henpon kamera. bila ada je situasi camtu, snap je gambo curi, pastu boh kat blog ke, fesbuk ke.
Ezzu Raza said…
heheh..suka cadangan Makbed!!
tengkorakemas said…
hm saya jarang naik ERL dan LRT ni, komuter pun jarang, tapi bukan ke komuter ada guard yg boleh halang lelaki masuk couch wanita, so buatlah guard juga untuk pantau masalah tu
THE GREEN said…
itulah sikap rakyat kita..kesedaran sivik xdak langsung...harap blaja sivik jer kat skolah..buatnya tidak..
Jo Qusary said…
aku penah menghadapi situasi sama semasa aku keja kat KL dulu... kena pakai public transport mcm LRT dgn monorail psl lagi cepat ke mahkamah dan firm camtu...

ada sorg pompuan mengandung masuk LRT... aku yg tgh berdiri tgk reaksi org2 yg duduk dlm gerabak... sumenya takmo kasi tempat duduk kat pompuan tu... last2 aku tegur sorg mamat yg tgh berbual dgn kawan dia, aku mintak dia bagi pompuan tu duduk dgn bahasa yg elok... nasib baik mamat tu bangun dan bagi tempat duduk kat pompuan tu.

adakalanya kita kena berani kerana sesuatu yg benar... bukankah ini jihad seharian kita?
Ezzu Raza said…
Jo. Superb arr..bagus2 ada motivasi sket nak tegur org pas nih..tq Jo..
Bb Hussain said…
emm..mmg la susahkan..boleh je kalau nak tegur diorang kalau berani..hehe..pernah juga org tegur Bb ..masa tu betul2 tak perasan ada pakcik kat belakang tu..disebabkan ramai org kan..tp nak bg duduk dia tak nak pula..rasa bersalah gak..
Khairul Onggon said…
Betul isu ni bro.. mmg patut la kena wat something mcm pengumuman sampai lebam org mendengarnya.. hehe..
aemin said…
budaya ketimuran yang dicanang-dicanangkan tu suma kencing jek lebih. realitinya sendiri tengok la...

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel