Klik Klik

Wednesday, October 20, 2010

Nasihat Buat Semua Doktor

Kali ni nak bercerita sket ttg doktor..aku yakin sgt..bila kita sakit..mesti kita ke klinik atau hospital..ye lah zaman dah moden..bukan mcm dulu2 agik..jumpa tok bomoh or ustaz mintak air penawar..tapi oleh kerana byk sgt klinik - klinik skang ni.. so maknanya dah byk la..doktor kat pasaran kita skang ni...

Aku bukan nak menyoal kredebiliti seorang doktor..apatah lagi nak mempersoalkan tahap kompentensi diaorang..yang mana bukan bidang kepakaran aku pun..tp sebagai patient..kita sama spt customer lain..yang mempunyai hak masing2..so aku ada sedikit nasihat utk mereka yang mana aku pk kan kalo dapat diguna pakai..maka kualiti servis mereka mgkin akn lebey bagus...Antaranya :

  1. Pada aku doktor kene lebey sensitif dgn pesakit..korang selalu tak kena tnya ngan doktor.."Encik/Puan ada demam x?"..dia sbgai doktor aku rasa diaorang kene ubah sket cara pertanyaan tuh.korang tak rasa ker diaorang yang patut check kita demam ke x ? Especially kalo melibatkan anak kita..selalunya soklan pertama dari diaorang ..membuatkan kita pk..apa tujuan kita bwk anak kita dtg ke klinik tu..
  2. Ada doktor yang kadang2 jawab acuh tak acuh bila patient tnya lebey sket..kat sini kepakaran dalam penyampaian amat perlu..silap2 dia plak sound kita balik.."Saya Doktor ke Awak Doktor ni"..aku citer ni sbb ada berlaku la..doktor perlu paham..ketika patient sakit..diaorang ni panik la sket..biasa lah tu..takkan nak emo ngan patient kot..mgkin doktor bole bg explaination berdasarkan pengalaman ker..so patient bole bertenang kejap..
  3. Bila melibatkan anak..jgn la mengharapkan explaination dari parents shj..kat sini "human touch" akan memainkan peranan..korang pernah jumpa tak..ada doktor tu ..tnya mak bapak apa sakit anak dia..then trus ckp.."Ok lah..amik ubat kat farmasi ek.." aku bg contoh la..kalo pun anak tu sakit perut je pun ..amik la stetoskop..pegang budak ..check badan budak tu..then baru la bg consultation..tak ke lagi meyakinkan patient..aku rasa itu baru kena caranya..

Pendek kata..doktor kene pndai mengawal situasi la kot..kepakaran dlm penyampaian mgkin dapat meyakinkan patient..aku rasa..patient skang mmg sensitif sket..tambah lagi kita mengeluarkan wang kita untuk servis diaorang..tiba2 aku teringat cerita "Catch Me If You Can" lakonan DiCaprio n Tom Hanks tu..kan dia menyamar jd doktor belajar dr tgk movie jer..

So aku rasa elemen meyakinkan patient mmg penting..aku tak kata teori yang diaorang belajar tu tak penting.."Human Touch" tu pun penting.. yang mana aku rasa tak diajar kat mana2 pun..cara bertutur..kalo doktor tu mcm tak sure jer..kan makin risau kita dibuatnya..

Apa pun..tu hnya omongan kosong dr aku..tp aku suka bila doktor selalu ingatkan patient dia.."Sebelum makan ubat, baca Bismillah..InsyaAllah dengan Izin Allah ,Sembuhlah Penyakit tu"...Buat kita rasa Kesihatan tu tak ada nilainya sehinggalah kita didatangi  kesakitan..Wallahualam..

1 comment:

Tuan Tanah said...

ini aku sokong! nak2 pulak klu gi klinik swasta kan? caj mahal, jumpa 2 minit tak sampai. rugi aku x jadi doktor kalau tak lama dah aku kaya. huhu!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...