Elok Sangat Lah Tu !!

Umur bersara wajib tidak dinaikkan ke 60 tahun



11/10/2010 2:45pm
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebarang keputusan mengenai cadangan menaikkan umur persaraan perlu dikaji termasuklah kesan terhadap peluang kerja untuk golongan lepasan sekolah, kolej dan universiti serta keperluan sumber manusia dalam sektor tertentu dalam perkhidmatan awam.


"Ketiga (ialah) kesan ke atas usaha kerajaan ke arah bilangan yang wajar.


Kalaupun tidak kecilkan perkhidmatan awam, (kita perlu) mengurangkan kos operasi kerajaan tanpa jejas perkhidmatan untuk rakyat.

"Keempat (ialah) tahap kesihatan anggota perkhidmatan awam, terutamanya menjelang umur persaraan 58, adakah mereka mampu terus bekerja atau tidak,” katanya menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. - Bernama

Bab ni aku bersetuju sangat dengan Datuk Seri Nazri..hujah2/ point2 dia pun ada benarnya..pada usia 60 tahun kita sepatutnya dah tak sibuk sgt pasal pencen , kerja a.ka. hal2 duniawi la..mgkin patut menghitung bekalan kita di akhirak kelak..betul x?..

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel