Klik Klik

Monday, October 18, 2010

Cerita 3.1 Billion

Ari ni dlm utusan dlm ruangan rencana..ada orang tulis pasal 3.1 billion tuh.baca sini.aku tak sure dia penjawat awam atau tidak.Tp yang penting isi yang ingin disampaikan ialah..penjawat awam x yah dok sibuk2 mintak bonus..menafikan hak orang lain la..n bla..bla..biasalah..bab bonus penjawat awam ni mmg panaz sejak2 yang tak dapat bonus nih..

Tp pd aku dia hanya pk bende negatif shj..sbb dia merasakan penjawat awam tak layak dpt bonus..kerja tak bagus la..apa la..lebey sudu dari kuah la..merasakan 3.1 billion tu untuk rakyat la..pelik kan..Apa tiada langsung ke sumbangan penjawat awam kpd rakyat selama ni..apakah 3.1 Billion tu tak wajar diberi pada penjawat awam.. aku mmg tak dapat jawab la..tp ..yang aku tahu.. ada penjawat awam yang buat kerja lebey dari apa dia patut buat...si penulis kena paham..dekat swasta lain..u kerja lebey..u dapat lebey..govt lain sket..benefit swasta pun lain..medical semua superb!!..mana main2 beratur kat klinik kerajaan ni..

Apa pun subuh tadi aku merenung kat jendela jap..apa betul ke kerajaan mmg tak dapat carik wang sebanyak 3.1 billion tu untuk penjawat awam..tiba2 aku terpk beberapa perkara :

1.  Aku tgk..limpahan lampu jalan..lampu2 kat bangunan kerajaan di Putrajaya..terang benderang..kalaulah kita boleh jimat dari sini..lampu yang betul nak guna je kita bukak..agaknyer berapa savings kita bole dapat ekk...aku mencongak..paling bodo la...10 juta ade kot setahun..

2.  Bil utiliti bangunan kerajaan..letrik n air..cecah RM Sejuta gak sebulan untuk satu bangunan kerajaan yang 30k m2 luasnye..mcm ni.. katakan satu bangunan bole jimat 50k sebulan..aku rasa tak mustahil..so setahun satu bangunan bole save 600k.so katakan ada 100 bgnan kerjaan yang saiznya besar tu..so ada 60 juta dah..

3. Pastu.aku rasa dah byk sgt Jabatan2 Kerajaan yang mengamalkan perbelanjaan berhemah..kalo jabatan2 yang besar boleh jimat sehingga 1mil..senang kira cam ni la..aku rasa setiap kementerian bole jimat 10milion kalu wat pengurusan yang berhemah..so ada lebih kurang 25 kementerian kan..so ada 250mil dah..

4. Lagi...aku berpendapat bonus diberi pada penjawat awam yang bergaji basic 5K ke bawah jer..ataupun senang citer GRED 48 dan kebawah jer lah. harus dingat adil tak semestimya sama rata kannn...so katakan dari 1.2 juta penjawat awam , 60% adalah Gred 48 dan ke bawah..so ada 700 ribu org jer yang dpt bonus...so congak bodo..kerajaan perlu dlm 1.8 billion jer nak bayar bonus ni...

5. Tadi yang aku kira dah ada 320 juta dah..so nak cari lagi..1.5 Billion kan..so..

a) Betul ker kita perlu - Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020.

b) Sebanyak ini ke kita pakai untuk -RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

c) Apakah kita perlu wang yang diperuntukkan sebanyak ini - RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

d) Adakah kita yakin kita akan dapat kunci rumah mampu milik rumah ni dengan pelaburan -Pembinaan projek  pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.

e) Betul ker kita takkan jumpa lagi masalah jalan raya dengan pelaburan - RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia.

6. Dari 5 (a) ~ (e) , govt akan labur  18.85 Billion ..takkan 1.5 Billion..atau 8% dari pelaburan ni..tak bole diambil..potong sana..potong sini...cakap mmg senang kan..apa pun aku bersetuju dengan pendapat Mesin Taip Buruk..klik sini. Bukan nak menyatakan aku tak bersyukur..atau lupa diri.. sesekali si anak juga akan berasa kecil hati dengan keputusan orang tuanya..

Apa pun aku bukan pakar ekonomi..korang nak kondem..kondem la..hehehe..kalo ade komen membina..lagi bagus!!...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...