Pahang Oh Pahang...

Pahang berpesta gol tewaskan Kuala Lumpur


27/09/2010 3:01am

KUALA LUMPUR – Walaupun terpaksa menjadikan Stadium Bola sepak Kuala Lumpur sebagai tuan rumah, itu tidak menjadi masalah besar buat Pahang mencatatkan kemenangan bergaya 5-2 ke atas Kuala Lumpur dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia, malam tadi.
Gol Pahang dijaringkan oleh Mohd. Fazli Baharuddin pada minit ke-29, Azammuddin Mohd. Akil minit ke-45, R. Karthigesu minit ke-63, Mohd. Saiful Nizam Miswan minit ke-70 dan Famirul Asraf Sayuti pada minit ke-84.
Manakala dua gol Kuala Lumpur diperolehi melalui pemain Mohd. Badrul Hisham Azmi pada minit ke-65 dan minit ke-67 hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri. - Utusan

Entri kali ni nak citer sket tentang bola..satu masa dahulu aku sangat2 meminati pasukan bola sepak negeri kelahiran ku..ada satu waktu aku akn beli apa sahaja majalah..paper..yang ada citer pasal pasukan pahang..dan potong setiap artikel tu..untuk letak dalam buku..masa tu tahun 92~95..mmg zaman kegemilangan pahang..selain dari nama zainal abidin hassan dan dollah salleh..masa tu zulhamizan zakaria..azarudin aziz..khairul azman muhammad..mmg glamor kat pahang..

masa tu kalo tv tak tunjuk siaran langsung..sanggup dengar radio rtm..ikut perkembangan perlawanan semasa..tp sayang sekalik..aku pun tak paham kenapa pahang jatuh..pasal duit ker? pasal management ker?..

aku harap sangat piala malaysia kali ini adalah titik mula untuk pahang bangkit..aku target mereka bole sampai ke suku akhir pun dah cukup..Amin..

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel