Klik Klik

Wednesday, September 29, 2010

Main Kutu-- Haram?

Main kutu haram di Malaysia

MAIN kutu yang popular di kalangan masyarakat rupa-rupanya salah di sisi undang-undang. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.


Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.


"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Emm..aku rasa sejak dulu lagi orang dah main kutu nih..kalo ikut akta 1971 lagi kata haram dah..
tp kan..korang tak rasa ker main kutu..x der interest..lepas tu mana ada charge2 lain.. cuba kalo kita wat pinjaman..mcm2 charge ader kan...
sungguh mengkompius kan..kompem mesti ada feedback2 dari pembaca lain..tak pon cuba tokoh2 agama lak wat kenyataan..

6 comments:

CT said...

lom penah kita main kutu...cari kutu penah la...hahaha

Jom bersahabat dgn akk. Call me kak CT...jemputlah jd follower kita, nnt blh posting komen...hehehe

Ezzu Raza said...

salam kak ct..tq for the comment..tp tak bole pn bukak blog kak ct..camana nak jd follower..hehehe..keluar msg error ni (The Blogger Profile you requested cannot be displayed)..

hakem said...

dari segi Islam haram gak ke?

Ezzu Raza said...

dok tahu la kem..mgkin bole tnya alim ulama.

Abu Nu'man said...

main kutu tak haram... main judi yang haram... kat malaysia... terbalik... lain yang halal... lain yang haram... pelik-pelik..

akem said...

aku rasalah, kerajaan wat kuar akta haram main kutu maybe sebab dah banyak berlaku kes-kes penyelewangan wang kutu oleh individu2 yg tak bertanggungjawab..bile dah tiba giliran individu tersebut, bulan2 berikutnya taknak bayar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...