Khutbah Jumaat (24 September 2010 / 15 Syawal 1431)

Hari ni Khutbah Jumaat yang aku dengar agak ringkas, padat dan mudah difahami...aku yakin khatib yang menyampaikan tidak mengikut teks khutbah sebijik sebijik..sbb cara penyampaian bukanlah seperti membaca teks..tetapi pada pengamatan aku ..beliau teliti dulu dan menyampaikan kepada jemaah tanpa meninggalkan rukun khutbah jumaat..walaupun agak meleret..tp aku rasa cara begini juga mampu memberi pemahaman yang baik kepada jemaah..

 Ringkasnya..beliau ingin menekankan apakan persiapan kita menuju akhirat. perbandingan cukup mudah..
betapa kita begitu membuat persiapan pulang berhari raya..supaya kita selamat menuju ke destinasi kampung halaman untuk bertemu ayahbonda tercinta..kita siapkan beg takut brg tertinggal..kita g servis kereta..dan yang penting..kita sanggup menempuh apa jua halangan supaya kita dapat memastikan diri dan keluarga kita sampai ke kampung halaman..

betul gak ekk..kalo difikirkan betul2..kita sanggup menempuh jem..mcm2 lagi..asal dpt beraya kat kampung..

tetapi beliau menegaskan apa pula persiapan kita nak menuju kehidupan abadi di akhirat?...sanggupkah kita menempuh pelbagai halangan?..bagaimana pula dengan bekalan?.. aku rasa ..ini sudah cukup untuk kita mula memuhasabah diri kita..wallahualam...

Tepuk dada..Tanya Iman...sama2lah kita cuba mengambil iktibar...InsyaAllah...

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel