Isu Tugu Negara - Dalam Utusan

Bekas jeneral sedih Tugu Negara semakin dilupakan

SAYA harap Utusan Malaysia tidak keberatan berkongsi pandangan saya dengan para pembaca berkenaan Tugu Negara.

Daripada perhatian dan analisis, saya amat bimbang di atas usaha sekumpulan cerdik pandai Melayu yang mahu rakyat melupakan Tugu Negara, lambang kemenangan rakyat memperjuangkan pemberontakan bersenjata komunis.

Yang benci dan mencaci Tugu Negara ini adalah orang Melayu bekas ahli Parti Komunis Rejimen ke-10. Mereka mengatakan kerajaan patut bina tugu menunjuk rakyat menentang British dan bukannya tugu menentang komunis.

Sudah puluhan tahun kita memperingati mereka yang gugur dan meletakkan kalung-kalung bunga di Tugu Negara. Letakkan kalung bunga adalah praktik antarabangsa dan bukannya praktik satu-satu agama.
Apakah kita sudah bersalah dari ajaran Islam selama ini? Di manakah pembesar-pembesar negara asing yang melawat Malaysia akan meletak kalung bunga memperingati pahlawan kita.
Pengertian saya patung yang disembah sebagai tuhan adalah berhala yang diharam oleh Islam tetapi patung di Tugu Negara tiada siapa yang menyembahnya.

Apabila Tugu Negara terkeluar daripada pandangan, lupalah dia oleh rakyat. Kata Tun Dr. Mahathir, orang Melayu cepat lupa.Saya ingin memperingati cerdik pandai Melayu bahawa tujuan komunis melakukan pemberontakan bersenjata ialah untuk merampas kuasa dari British dan memerintah Malaya dan Singapura, bukannya untuk memerdekakan Tanah Melayu, walaupun ahli-ahli komunis itu orang Melayu.
Kata seorang penulis "Tidak ada kehilangan manusia yang lebih besar di dunia daripada kehilangan tanah airnya". Orang Melayu bernasib baik tidak hilang negaranya kepada pemerintahan komunis.

Saya amat berharap rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu terus menghormati pahlawan-pahlawan kita yang telah gugur.

Saya juga mencadangkan 31 Julai dikenali sebagai ''Hari Pertahanan Negara" dan segala acara diadakan di Tugu Negara seperti masa lampau dan kekalkan tradisi penghormatan ini selama-lamanya untuk meningkatkan semangat kerelaan berkorban untuk negara.
LT. JEN. (B) DATUK ABDULLAH SAMSUDIN

Isu ni dulu tak salah aku dah dikomen oleh salah seorang tokoh agama..aku amat harap apa pun acara yang akan dilakukan di Tugu berkenaan dapat dirujuk dulu kepada jabatan berwajib ..bkn apa..takut menimbulkan pelbagai spekulasi..ingat dalam islam "NIAT TAK MENGHALALKAN CARA"..wallahualam..

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel