Klik Klik

Friday, June 11, 2010

Tidur atau Membaca...Taktik nak terus duduk?!


Selalunya aku tak berprasangka buruk..dan bila aku nak berfikir macam tu..seringkali aku fikirkan balik yang baik2..ntah la..rasa tak ada pekdah nya aku nak fikir lebeh2..

Ini pasal tempat duduk dalam LRT n ERL..aku tak nak cakap pasal komuter..sbb jarang benor naik bende alah tu..

Tp kadang2 aku terfikir..ada segelintir umat ni..bila dah dapat duduk terus tidur tak pon terus membaca dgn penuh keasyikkan..tak tgk pon orang sekeliling yang baru masuk dari stesen lain..

bukan sekali dua yang aku terserempak..org mengandung yang kene berdiri..tak pon yang bawak baby kene berdiri..sbbkan yang dapat duduk tu sibuk berdengkur tak pon sibuk membaca...cuma la kan..aku ni tak berkesempatan dan masih lagi diberi keberanian nak suruh orang duduk tu berdiri disebabkan ada orang yang lebih layak duduk dari dia!!!

Tp satu kemusykilan..mereka yang dok asyik membaca dan yang tidur lena tu kan..macam tau2 je stesen mana yang mereka kena turun!!..so..SYMP cakap ..taktik jer lahh..nak kekal duduk kat kerusi tuh!!!...

Meletak sesuatu benda di tempatnya..itu adil namanya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...