En.Jai ..Sahutlah Cabaran Ku!!

KAKITANGAN AWAM PERLU UBAH SIKAP NEGATIF DEMI MANFAAT RAKYAT

Bernama
2010/05/31

SEJAK kebelakangan ini pelbagai isu membabitkan kakitangan awam banyak dibicarakan. Bermula dari kakitangan sokongan hinggalah di kalangan pengurusan dan profesional. Terbaru, isu penipuan sijil sakit kakitangan awam. Pelbagai pihak memberikan pandangan mereka dan memberikan pelbagai cadangan untuk mengatasi masalah ini.

Namun, bagi saya secara jujurnya hanya sikap kakitangan awam itu yang mampu mengubah situasi ini. Selagi ada sikap berasa selesa dengan kedudukan dan jaminan dalam perjawatan dipegang selagi itulah penipuan akan terus berlaku.

Sebelum isu penipuan sijil cuti sakit ini, kakitangan awam ada mengutarakan isu jadual gaji mereka melalui Cuepacs dan meminta kerajaan mengkaji semula pendapatan mereka. Alasan masih sama seperti tuntutan yang pernah dibuat sebelum ini iaitu sebagai dorongan dan memberikan semangat kepada mereka untuk bekerja dengan lebih gigih lagi. Namun, apa yang pasti mutu perkhidmatan kakitangan awam masih lagi berada di takuk lama. Sebelum ini, mereka ada juga menuntut pelbagai insentif, dan apabila kerajaan memenuhi tuntutan mereka adakah ia berbaloi? Adakah mutu perkhidmatan kita dalam perkhidmatan awam meningkat? Saya tidak bermaksud untuk menyatakan tuntutan yang dibuat itu salah dan menuding kepada keseluruhan kakitangan awam, tetapi biarlah dengan apa yang kerajaan berikan berbaloi dan berkesan. Rakyat di negara ini juga sedia maklum bahawa mutu perkhidmatan kakitangan awam sememangnya masih tidak memuaskan kerana kita juga pernah berurusan dengan mereka. Dalam sebuah lagu Inggeris ada menyebut What you give, you get back. Sepatutnya kita semua perlu faham bahawa setiap yang kita berikan, kita akan mendapat kembali walau dalam apa bentuk sekalipun. Namun, kita dalam perkhidmatan awam sekarang sudah terbalik, kita ingin mendapatkan dulu baru kita memberi. Walhal apa yang kita berikan itu tidak setimpal dengan apa yang kita dapat. Tanya dan lihatlah sendiri di tempat bertugas kita berapa ramai antara kita apabila masuk waktu bekerja kita sudah berada di tempat duduk dan memegang pen untuk memulakan tugasan? Akhir sekali, saya berharap kita semua boleh bermuhasabah diri. Jika kita berasa kita teruk dengan tugasan kita, berbanding gaji dibayar ingatlah ada orang lebih teruk daripada kita di luar sana. Jujurlah dalam kehidupan dan pekerjaan kerana melalui kejujuran keberkatan rezeki akan datang dan membolehkan kita merasa cukup dengan apa yang kita terima.

JAI,
Bandar Jengka,
Pahang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. SYMP menghormati pendapat En.Jai, tentang sikap selesa penjawat awam, tentang mutu perkhidmatan yang boleh dipertingkatkan.

2.Insitusi awam amat memerlukan orang macam En.Jai, yang boleh mengubah situasi sebegini.Tp sayang, tak ramai yang sanggup turut serta mengubah situasi ini.

3.SYMP juga pernah berkhidmat di sektor swasta, memang ada perbezaan tetapi masih ada ruang untuk diperbetulkan.Harus diingat CUEPACS juga berfungsi seperti persatuan kerja swasta yang lain.Cuma apabila CUEPACS yang bersuara , seluruh malaya tertumpu pada isu yang diketengahkan.

4.Sudah sampai masanya mereka yang di luar sana menyertai institusi awam.Jangan taburkan pelbagai alasan.Kemalasan punca kehancuran dan Orang yang rajin sentiasa bersedia, orang yang malas sentiasa memberi alasan.

5.Orang yang bermusuhan penuh dalam kerugian tambahan lagi berselisih fahaman bukan beerti bemusuhan.
 
Ayat dalam huruf biru dipetik dari email seorang sahabat.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel