Cerita Pasal MC

Posted by CUEPACS
PUTRAJAYA: Tiga peratus daripada kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka, kata Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Presidennya, Omar Osman, berkata kes berkenaan walaupun boleh dianggap terpencil tetapi perlu dipandang serius kerana ia boleh mencemarkan nama semua penjawat awam di negara ini.


Katanya, pemalsuan sijil cuti sakit bertentangan dengan etika kerja perkhidmatan awam yang tertakluk kepada kecemerlangan dan integriti dalam menjalankan tugas.

"Mereka sepatutnya memberikan sijil cuti sakit yang sah yang diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta yang membolehkan atau melayakkan mereka menikmati kemudahan cuti sakit oleh majikan. "Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dibuang kerja jika didapati bersalah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) di sini hari ini. Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hassan. Omar diminta mengulas mengenai pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memberikan amaran terhadap kegiatan pemalsuan sijil cuti sakit oleh segelintir penjawat awam. Katanya, kegiatan seumpama itu boleh menyebabkan penjawat awam yang terbabit kehilangan segala kelebihan dan faedah yang diperolehi hasil berkhidmat dengan kerajaan. "Mereka yang dibuang kerja kerana perkara ini akan kehilangan peluang untuk menikmati wang persaraan, pinjaman perumahan dan beberapa kemudahan lain," katanya. Omar berkata, beliau percaya ada pihak terbabit dalam membekalkan sijil cuti sakit palsu yang menyamai sijil cuti sakit tulen daripada pegawai perubatan kerajaan atau swasta. "Gejala seperti ini perlu segera dibanteras supaya tidak terus menular dan menjadi budaya yang tidak sihat di kalangan penjawat awam," katanya. - Bernama

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.Pendedahan CUEPACS harus dipandang serius oleh semua penjawat awam.Namun SYMP sedikit sangsi dengan ketelusan maklumat/kajian yang dibuat.Sejauh mana 3% itu dikatakan menyalahgunakan MC.Ada kalanya pendedahan sebegini memerlukan penjalasan yang terperinci.Baru rakyat faham hanya segelintir yang melakukan kesalahan sedimikian.Rakyat hanya mudah memperkecilkan institusi awam dengan hal sebegini.
 
2.Dalam CUEPACS sibuk menuntut pelbagai keistimewaan dan seangkatann dengannya, sesekali analisa mengenai pencapaian institusi awam harus di war war kan.Apakah tiada satu pun yang boleh dibanggakan!!??..Sesekali yang indah itu juga harus dikongsi...
 
*Gambar MC dari Google Images

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel