Klik Klik

Monday, May 17, 2010

Dari Lantai Bahagian 2 Setengah - Pandang SiSi

Awal April lepas heboh satu opis pasal satu email dari hamba Allah yang menyuarakan ketidak puasan hatinya tentang "double standard" yang di amalkan antara Kumpulan Sokongan dan Kumpulan Profesional di sektor awam.
Pendapat beliau di ikuti bukti-bukti serta hujah yang kukuh.disamping sedikit lawak yang pedas hingga menusuk ke kalbu.

Dia mencabar pembaca memberi ulasan dan jangan jadi pak turut, maka email berantai itu berlarutan dengan komen-komen oleh rakan yang lain sehingga lah orang “IT” terpaksa wat pengumuman untuk membeku akaun email yang memberi komen atas alasan menganggu kerja rutin masing2.

Aku pun ingin nak bagi pendapat, walaupun nak dibandingkan dengan penulis yang dah lama dalam sektor awam..aku baru je setahun lebey..tak layak pn nak compare apatah lagi nak bagi ulasan..kenapa aku tak balas email..aku akan cakap “Hendak memberi sumbangan pendapat, idea dan komen tidak semesti kena membalas email penulis”

Ini 3 jer Pandangan Sisi Aku;

1. Sebenarnya sedar tak sedar, sistem tu sendiri dah wujudkan kita berpuak-puak pon.Kenapa nak ada dua kumpulan? Gred jawatan tu pun dah boleh mendefinikan apa yang jawatan kita.Tapi gred jawatan yang tinggi bukan tiket untuk membuat keputusan sesuka hati..ni dah aku kupas panjang lebar dalam artikel sini.

2.Aku juga setuju dengan pendapat penulis, dan kadang2 ada persoalan yang tak boleh dijawab pun.Seorang driver dia tnya kat aku ; kenape orang bergred rendah (gaji pon rendah la) kene bayar parking kete ..tp orang2 besar ni dapat parking free jer?!.pastu kalo sesetengah tempat parking bukan main mahal lagi..dan bukan bole claim pn..aku ckp kat dia ..esok aku bg jawapan..hehehe..nak melarikan diri lah tu..korang ada jwpn?

3.Masalah kabel, bodek membodek bkn perkara baru..aku baru masuk setahun pun dah nampak dah..takyah tunggu lama2..sebenarnya kita pun dah tahu..kat mesia ni biasanya “who you know rather than what you know”.Tun M pun dah jelaskan panjang lebar dlm blog dia.Lihat sini.Sebenarnya kita perlu wat baik dengan semua orang tp jangan sampai orang pijak kepala kita..Aku pun suka berkongsi satu ayat dr bijak pndai la..”The most important single ingredient in the formula of success is knowing how to get along with people”.. So aku pun tgh belajar ni..buat baik ngan orang tak la smpi kita kene bodek cukup2..mgkin sudah tiba masanya kene ubah cara kita berkomunikasi dengan orang...

Sekian..komen dan pendapat anda dialu-alukan :)..
Nak tahu cerita dari mula..klik sini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...