Klik Klik

Thursday, November 5, 2009

Kemelut MCA Jangan Dipanjangkan.

Sejak kemorosotan majoriti undi kepada parti BN pada PRU yang lalu ternyata senario politik kita berubah ke fasa yang baru.Jika dahulu rata-rata rakyat tidak ambil peduli siapa wakil rakyat mereka, kini bukan sahaja siapa mereka malah siapa lawan mereka juga kita selidiki.Itulah Malaysia, negara yang mempunyai rakyat yang semakin matang dari tahun ke tahun semenjak kita melaungkan Merdeka! pada tahun 1957.
Angin perubahan yang dilaungkan oleh UMNO pada persidangan mereka Oktober lepas tampak kesannya ke seluruh pelusuk negara.Bukan sahaja semangat perubahan ini dihidang di dada akhbar berbahasa melayu, malah menarik minat editor akhbar-akhbar nasional bahasa lain.Masyarakat melayu khususnya mula menaruh keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak.Semangat seperti ini juga harus ditelusuri oleh parti kompenen BN yang lain.
Kemelut MCA khususnya harus diperbetulkan dengan segera.Bermula dari EGM hingga ke pemecatan beberapa ahli majlis tertinggi baru-baru ini menimbulkan seribu satu tanya.Pelan perpaduan yang di war –warkan seperti indah khabar dari rupa.Perkara seperti akan memberi impak negatif kepada BN.Di suatu sudut, UMNO begitu bersemangat melakukan perubahan tetapi rakan sepasukannya MCA pula seperti hilang arah untuk bergerak bersama-sama menjana misi negara.
Sebagai rakyat biasa, kami dengan mudah menilai seperti ada yang tidak kena dalam MCA.Walaupun bukanlah hak kami untuk menggesa sesiapa untuk berundur, tetapi kemelut ini seperti tiada kesudahannya.Di waktu Pakatan Rakyat mengalami pelbagai masalah dalaman, komponen parti BN sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk mengembalikan keyakinan rakyat bahawa BN adalah parti yang masih relevan memerintah Malaysia.Jangan pula diwaktu sebegini MCA pun mengalami krisis yang mencurigakan hati rakyat.
Ketidak sefahaman dari segi ideologi bukanlah perkara yang baru dalam kancah politik.Saya juga bersetuju untuk memenangkan hati semua ahli bukanlah perkara yang mudah.Pendekatan yang diamalkan oleh UMNO baru-baru ini wajar menjadi ikutan semua parti komponen BN yang lain.Kebijakasanaan setiap pemimpin dari setiap peringkat akar umbi amatlah diperlukan.Kadang kala kita terpaksa mengetepikan kepentingan peribadi demi kemakmuran dan keutuhan parti.
Ramai tokoh-tokoh politik merasakan mereka tidak perlu campur tangan dalam kemelut MCA ini.Tindakan seperti ini dilihat bijak kerana takut mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.Namun kami rakyat biasa mengharapkan sentuhan kebijaksanaan Datuk Sri Najib selaku Pengerusi BN, untuk menyelesaikan kemelut ini.Walaupun saya tidak menganggap PM kita hanya duduk berdiam diri dalam hal ini, tetapi saya amat yakin MCA perlukan sedikit teguran membina yang luar biasa daripada pemimpin No 1 negara kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...