Pengguna LRT usah terlalu cepat melatah


(Ruangan Surat - Berita Harian 25 Sept 2009)

Mungkin secara kebetulan semalam (STAR) LRT mengalami gangguan teknikal di waktu puncak hanya beberapa hari selepas pengumuman mengenai cadangan penambahan laluan LRT dibuat oleh Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Idrose Mohamed.Mungkin juga ingin LRT ingin menguji “tuan”nya mengenai keputusan yang dibuat oleh badan induk itu.
Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai gangguan teknikal yang berlaku semalam.Saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga pekerja LRT yang dapat menangani masalah dengan cepat dan tangkas.Tidak sampai beberapa jam sistem itu pulih seperti sedia kala.Cuma yang saya kesalkan sikap pengguna LRT itu sendiri.Ada dikalangan mereka yang mengeluarkan kata-kata kurang manis mencemuh petugas-petugas yang berkenaan.Tidak kurang juga yang meninggikan suara ketika bertanya soalan mengenai gangguan teknikal itu kepada petugas terbabit.Disini saya mengajak pengguna sekalian berfikir sejenak.Setelah hampir lebih sedekad berfungsi sebagai pengangkutan awam yang paling popular di ibu kota, adalah sangat tidak wajar kita mudah melatah dengan masalah - masalah seperti ini.Malah tidak keterlaluan jika saya mengatakan sistem LRT yang ada sekarang adalah sistem pengangkutan awam paling efisen di Malaysia setaraf dengan negara-negara maju yang lain.Malah jika dilihat dari sudut perkhidmatan, saya dapat melihat warga pekerja mereka yang sentiasa mengutamakan pengguna ,baik di pihak kaunter tiket mahupun petugas-petugas di setiap stesen.
Mengimbas kembali situasi semalam, ternyata pengguna kita masa di takuk lama.Kejadian tolak-menolak ,maki hamun seharusnya tidak berlaku.Sebagai negara yang ingin menuju kearah negara maju sejajar dengan Wawasan 2020, sikap sebegini mencerminkan siapa sebenarnya kita.Walhal, pihak pengurusan LRT telah cuba sedaya upaya menangani gangguan itu dengan sebaik mungkin.Malah mereka juga bersedia memulangkan kembali wang tiket bagi pengguna mencari pengangkutan awam alternatif lain untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju.Tindakan drastik seperti ini mencerminkan betapa mereka begitu mengambil berat tentang masalah pengguna.Ternyata kita mudah melenting ketika menghadapi situasi sebegini dan boleh mencetuskan keaadaan yang tidak diingini berlaku.Sebagai pengguna kita perlu bersikap lebih matang dan tenang.Mungkin ada penyelesaian untuk permasalahan ini.Mungkin dengan situasi sebegini kita dapat belajar dan berfikir dengan lebih baik menangani sesuatu masalah.Saya melihat dalam konteks yang lebih luas dimana kita perlu belajar dari kesusahan dan berfikir mencari penyelesaiannya.Pada pendapat saya pengguna merasakan mereka tidak wajar menghadapi situasi sebegini yang mendatangkan seribu satu masalah kepada mereka.Tetapi , tidakkah kita berfikir sebenarnya situasi sebegini yang akan mematangkan kita menghahapi sesuatu dugaan? Ingatlah sesuatu masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya.
Walaubagaimanapun saya ingin menyuarakan pendapat kepada pihak pengurusan LRT jika gangguan seperti ini berlaku.Saya merasakan ada sedikit kelemahan yang mungkin boleh diperbaiki bagi mengurus situasi seperti ini dengan lebih tenang.Saya mendapati sistem komunikasi antara pihak pengurusan dan petugas LRT boleh dipertingkatkan.Saya mengambil contoh ada pengumuman yang mungkin hanya diberitahu kepada petugas LRT sahaja dan tidak diumukan kepada pengguna.Ini boleh menimbulkan kekeliruan.Semalam kami diumumkan dengan Kod-Kod Gangguan Teknikal yang pada pendapat saya tidak harus diumumkan kepada pengguna.Selain menimbulkan kekeliruan , ia juga boleh menyumbang kepada tindakan-tindakan yang tidak diingini oleh pengguna.Mungkin perlu ada ruang privasi antara Petugas LRT dan pihak pengurusan sendiri bagi melancarkan keaadaan.Penggunaan ‘walkie-talkie’ adalah salah satu alat yang dapat memudahkan komunikasi dalam keadaan kritikal seperti ini.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel