Alasan mampu dimanipulasi lengahkan haji


(Ruangan Surat & E-mel M/S 30 - Berita Harian)

SAYA terharu membaca kecekalan adik Nuraiman dari Rembau yang bersungguh-sungguh untuk mengerjakan haji. Tambahan pula apabila membaca artikel Engku Ahmad Zaki Engku Alwi bertajuk 'Muslim berkemampuan dinasihat segera tunai haji' menyebabkan masih terlalu jauh dari sisi-Nya menginsafi diri. Kita warga negara Malaysia beragama Islam harus syukuri kemudahan pendidikan Islam yang diberikan. Namun di suatu sudut, penekanan terhadap mengerjakan haji agak berbeza. Kita seolah-olah terbelenggu dengan frasa berkemampuan. Saya tidak bermaksud menghuraikannya dari segi hadis atau berpandukan al-Quran. Apa yang saya cuba kongsi adalah berdasarkan logik akal yang terbatas ini.

Sebenarnya, sama ada kita sedar atau tidak, persepsi mengerjakan haji bagi mereka yang berkemampuan itu agak tersasar sedikit daripada landasan. Oleh kerana itu saya menyokong artikel Engku Ahmad Zaki. Berkemampuan itu seolah-olah begitu sukar untuk dicapai semua orang. Ada perkara yang tidak wajar didahulukan, dilaksanakan juga, tanpa memikirkan lebih baik kita mengutamakan urusan haji.


Saya berpendapat asasnya bermula di sekolah. Guru agama boleh memberi penerangan lebih jelas apa yang dikatakan berkemampuan. Jangan wujudkan pemikiran selagi belum bersedia, maka kita boleh menangguhkan perjalanan ke kota suci Makkah. Saya juga tidak menafikan, apa yang ingin dicapai ialah haji mabrur dan persediaan rapi amat diperlukan. Namun, sekali lagi frasa berkemampuan dimanipulasi dengan harapan kita boleh melengahkan kewajipan itu. Cuba renungkan sejenak, kadangkala kita sanggup berkorban apa saja demi mendapatkan ijazah. Kita tidak kisah meninggalkan keluarga, mengorbankan masa malah bekerja sambilan bagi memenuhi cita-cita. Tidakkah kita rasa amat rugi apabila tiada satu pun usaha diberi untuk menunaikan Rukun Islam kelima ini. Seribu satu alasan diberikan apabila ditanya bila hendak menunaikan haji. Selain itu, saya berpendapat Lembaga Tabung Haji boleh memainkan peranan besar dalam mempromosi haji kepada masyarakat Islam.


Media elektronik boleh digunakan sebagai pemangkin untuk menjayakan objektif ini. Mungkin dokumentari atau program seperti Jejak Rasul yang ditayangkan ketika Ramadan boleh diketengahkan. Wujudkan program Jejak Haji yang boleh menceritakan kesungguhan atau pengalaman pahit manis menunaikan amalan itu di Makkah. Program pengembaraan seperti ini mudah menarik minat penonton semua peringkat umur sekali gus umat Islam mendapat gambaran lebih jelas daripada bermula persediaan hingga kemenangan mengerjakan haji mabrur. Tujuan kita bukan hendak menunjuk, tetapi hanyalah ingin memberi pengajaran dan pedoman kepada semua bahawa di mana ada usaha di situ ada jalan. Ini adalah contoh promosi yang boleh disajikan bagi memperbetul persepsi berkemampuan. Secara ringkasnya, marilah kita muhasabah dan perbetulkan niat. Islam adalah agama mudah yang tidak wajar diberatkan dengan sikap suka mengambil kesempatan atas pelbagai keistimewaan yang diberikan Allah. Islam tidak menyusahkan umatnya sebaliknya kita yang menyusahkan diri sendiri.

Comments

akem said…
berbalik kepada tajuk di atas, apa pendapat penulis tentang orang yang membuat pinjaman peribadi untuk menunaikan haji? Apa yang saya faham hendak menunaikan haji tidak boleh ada hutang.
Ezzu Raza said…
tq for the comment..meminjam bukan lah jalan penyelesaian menunaikan haji.yg ingin ditekankan..kita mampu membeli kereta mewah yang down paymentnyer puluhan ribu..tp tak terpk nak mendahulukan haji..yag sekarang cost nye mgkin 10 ribu shj..kan tak rasional tu..
wdj said…
Zaman sekarang ni zaman berlumba-lumba mengejar keduniaan, bkn akhirat. Yang paling menyedihkan ialah ada sesetengah golongan mengutamakan melancong ke luar negara, mungkin sekali setahun, tapi malangnya tidak berniat pon utk menunaikan haji.
Ezzu Raza said…
Tu la..kalu ikutkan tak mampu..mak bapak si nuraiman tu tukang sapu jer..kita nih..adusss..masih jauh beb....

Popular posts from this blog

Kenapa dan Kesan Hempedu Di Buang - Based on True Story

Bila Waktu Mula dan Tamat Solat Sunat Dhuha

Masjid Berhampiran Stesen LRT/Monorel